Sunday, January 25, 2009
Muhammad Al-Fateh
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
Dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Keperibadiannya yang brsifat Tawaddhu' sangat dihormati oleh rakyatnya. Baginda juga seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Taktik peperangan yang digunakan semasa menawan kota Costantinople yang mana baginda telah menggunakan helah menarik kapal2 yang bertan2 ke atas gunung untuk menyeberangi rintangan rantai gergasi yang menjadi antara sebab tentera2 sblum ini x berjaya menguasai Selat Bohprus. Taktik ini telah diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.
Kita mengharapkan munculnya pemimpin seperti beliau pada zaman ini. Yang sangat mencintai Islam.. Allah telah berjanji Constantinople dan muhammad alfatih telah merealisasikannya, dan Allah telah berjanji, akan tegak kekhilafahan dengan manhaj kenabian dimana seluruh dunia akan memuliakan orang mu’min dan menghinakan yang kafir, siapa yang dapat piala adalah yang terlibat dalam perjuangan penegakkan khilafah, mari kita bersama berjuang untuk tegakkan khilafah.
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)

